KRAFTANGAN DI SARAWAK
Kraftangan di Sarawak
Di Sarawak ada pelbagai jenis kraftangan yang dihasil oleh seseorang individu hanya menggunakan tangan. Kraftangan ini juga mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan ia juga hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik dan sebagainya. Hasil kraftangan ini dihasil daripada pelbagai bangsa yang ada di Sarawak. Contohnya, bangsa iban, bangsa kayan, bangsa kenyah dan lain-lain. Ada pelbagai jenis kraftangan di Sarawak antara yang paling popular adalah:-
Pua Kumbu Sarawak |
Tenunan kain pua atau dikenali sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan 'Kek Iban'. Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini berwarna kemerah-merahan atau coklat tua. Rekacorak yang biasanya ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian.
Bakul Tambok |
Bakul tambok ini amat popular. Bakul ini dianyaman oleh orang bidayuh, mereka menganyam dengan rotan yang disusun menegak dan melintang. Kaun Bidayuh kebiasaanya menggunakan bakul tambok ini sebagai media untuk mengangkut perolehan dari hutan. Penggunaanya pula adalah dengan mengangkatnya di bahu dan kemudian tali lebar pula di sangkutkan pada dahi si pengangkat. Bakul ini diperbuat daripada hasil
Sape adalah alat muzik tradisional oleh Orang Ulu hulu yang tinggal di pendalaman Borneo. Sape diperbuat daripada sekeping kayu, biasanya sekeping kayu lembut, seperti kayu Meranti. Manakala tali-tali dahulunya dibuat daripada pokok Sagu tetapi kini digantikan dengan tali nilon. Instrumen tersebut adalah dibuat berbeza dari setiap lapisan, dan julat besar dari 60 cm hingga 150 cm. Dahulu Sape dimainkan semasa Datun Julud dan Ngajat, ini adalah tarian perang Tradisional daripada pemburu kepala. Kini Sape dimainkan dalam upacara perayaan mahupun pertunjukan biasa.
Terabai atau Perisai adalah lambang kepahlawanan kaum Iban dan orang ulu di Sarawak dahulu kala. Asalnya ia diperbuat daripada kayu keras dan dihias dengan ukiran pada permukaan depannya. Tujuan asalnya sebagai alat pertahanan semasa peperangan dengan musuh tapi kini ia menjadi perhiasan rumah yang cantik.
Sape |
Terabai |
Terabai atau Perisai adalah lambang kepahlawanan kaum Iban dan orang ulu di Sarawak dahulu kala. Asalnya ia diperbuat daripada kayu keras dan dihias dengan ukiran pada permukaan depannya. Tujuan asalnya sebagai alat pertahanan semasa peperangan dengan musuh tapi kini ia menjadi perhiasan rumah yang cantik.
Beg Tradisional Sarawak |
Beg ini dibuat daripada rotan sepenuhnya, rasanya ramai masyarakat di Sarawak sahaja. Beg ini merupakan kraftangan daripada orang ulu sarawak yang digunakan untuk membawa barang semasa di ladang, hutan mahupun di pekan.
Video : Cara Membuat Bakul Tambok
video: "the sape player"
video: "the sape player"
Comments
Post a Comment