KRAFTANGAN DI SARAWAK
Kraftangan di Sarawak Di Sarawak ada pelbagai jenis kraftangan yang dihasil oleh seseorang individu hanya menggunakan tangan. Kraftangan ini juga mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan ia juga hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik dan sebagainya. Hasil kraftangan ini dihasil daripada pelbagai bangsa yang ada di Sarawak. Contohnya, bangsa iban, bangsa kayan, bangsa kenyah dan lain-lain. Ada pelbagai jenis kraftangan di Sarawak antara yang paling popular adalah:- Pua Kumbu Sarawak Tenunan kain pua atau dikenali sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan 'Kek Iban'. Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini berwarna kemerah-merahan atau cokl...